Search

HARI AHAD - HARI REHAT

Di awal pagi, sa...

  • Share this:

HARI AHAD - HARI REHAT

Di awal pagi, sambung balik bicara Minda Masjid di Hatiku bersama Ce'Gu MahadI dalam siri ke-5. Dah beberapa minggu tak kesempatan disebabkan kesibukan tertentu. Hari ni tiba2 kami bincang pasal Masjid dan perniagaan. Tak rancang pun.

Sebaik sahaja habis sesi live ini, saya mendapat berita jiran depan rumah saya ada sedikit kemalangan. Suis utama bekalan elektrik di luar rumah mereka terbakar. Semua panik. Pihak polis dan bomba segera datang. Saya turut bersama rakan2 kawasan perumahan bertanya khabar dan menyantuni mereka sekeluarga. Semoga mereka diberikan kesabaran atas musibah ini.

Tak sempat nak bersosialisasi panjang, cucunda Zaydan 'terlepas' dari kawalan dan melintas jalan ke rumah jiran. Saya terpaksa memujuknya pulang ke rumah. Dia amat akrif. Tak terkawal oleh abah tok.

Di rumah, saya sempat meriba baby Aadeel Fahad sekejap. Dia tidur nenyak. Dah semakin membesar.

Hari ini saya tidak bersiaran apa2 pun. Hati berehat. Tiada sesi Terbang Bersama MDB. Tiada sesi Kembara Kerjaya. Tiada sesi Analisa Data Raya. Maaf. Semua sesi2 saya (Terbang, Kerjaya dan Big Data) akan hanya bersiaran dari Isnin sehingga Sabtu.

Petang ni ada 3 mesyuarat. Bekerja dalam berehat. Tak ada pilihan. Minggu depan nanti akan penuh dan sarat.

Selamat berhari minggu.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts